Bagaimana Menyiapkan Tugasan Geografi PT3 2015


Salam sejahtera !

Alhamdulillah, di pagi Jumaat ini saya masih boleh bernafas dan menulis di blog ini. Hari ini adalah hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa. 

Malam semalam saya mencari isu panas semasa, lalu terjumpa satu topik berkaitan peperiksaan.

Okay, isu hari ini adalah Kerja Kursus PT3 bagi mata pelajaran Geografi. Ringkasannya  PT3 Geo 2015. 

Tentunya pada minggu ini, guru-guru Geografi sedang sibuk  memberi taklimat kepada pelajar tingkatan 3 berkaitan perkara ini.

Berdasarkan pemerhatian saya di Brainly Dot My, masih ramai pelajar Tingkatan 3 yangblank untuk menghasilkan kerja kursus Geografi PT3.

Apakah yang sedang berlaku ? Ada 3 kemungkinan yang berlaku :

1. Guru tidak menerangkan secara terperinci kehendak soalan.  

2. Pelajar tidak fokus terhadap penerangan guru.

3. Pelajar malas berfikir dan malas berusaha. Hanya mahukan sesuatu yang terhidang   
    sahaja.  




Disini saya hidangkan kehendak soalan Geografi PT3 2015 .

Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah calon.

Berdasar soalan di atas, pelajar dikehendaki untuk mengkaji tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan tempat tinggal/sekolah mereka.

** Saya akan fokus kepada kajian lapangan di kawasan tempat tinggal.**


Kajian lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :

1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

Pelajar perlu merujuk kepada sumber tertentu untuk mencari konsep & takrifan/maksud kegiatan ekonomi. Sila rujuk Kamus Dewan, buku teks atau buku-buku ekonomi.

Nyatakan juga apakah kegiatan ekonomi.

Contoh penulisan. 


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.

Nyatakan jenis pekerjaan di tempat  kajian anda.

Sila rujuk blog Bumi Gemilang.

2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut.

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal.

Perlu ada borang soalselidik. Contoh borang soalselidik.

Dapatkan 10 - 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan soalselidik mengandungi perkara berikut :
- maklumat responden
-maklumat kajian 
   *jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian, 
   *cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian, 
   *mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.

Sila snap gambar anda di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kaji. Boleh selfie.
Sila sertakan keterangan di bawah gambar anda dan cetak.

3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.

Ini adalah idea anda berdasarkan maklumat dari borang soalselidik. Perkara ini mesti ada kaitan dengan kegiatan ekonomi di tempat kajian anda.

Contoh :

Kawasan tepi laut.

Perikanan - cara  meningkatkan pendapatan penduduk .
i- memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.
-huraikan dan contoh.
ii- mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.
-huraikan dan contoh.

Saya sambung semula ....artikel ini.

4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.

Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade atau membuka satu kegiatan ekonomi  baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau yang dapat meningkatkan pendapatan.

 Anda perlu beri huraian dan contoh dan kaitkan dengan kawasan kajian.


Contoh :

Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur - penternakan udang di kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau  sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.


Siap ! Selebihnya anda perlu usaha sendiri. Jika semuanya sama, ia adalah plagiat. Anda akan kehilangan markah dan tidak berpeluang mendapat 'A'.

Sila share artikel ini di FB, Twitter atau Google+ sekiranya ia bermanfaat kepada anda . Kita kongsi pahala di bulan Ramadhan. 

0 Response to "Bagaimana Menyiapkan Tugasan Geografi PT3 2015"

Catat Ulasan