7 Gambar : Kisah sebenar Wanita dan 9 anak mengemis di Plaza imbi

Setelah berusaha tanpa jemu akhirnya Skuad Jejak AsnafBaitulmal MAIWP‬ telah berjaya menjejaki dan menjumpai Puan Roziah di tepi Plaza Imbi. Beliau ketika itu bersegera untuk pulang kerana menyedari kehadiran skuad kami.

Hasil temubual bersama beliau : Puan Roziah mengaku berasal daripada Thailand. Seorang isteri yang menanggung 9 orang anak diantara 13 tahun hingga 6 bulan. Mempunyai suami yang dipenjarakan di Terengganu. Telah menetap di Cheras lebih daripada 5 tahun. Tinggal menyewa bilik di Taman Muda, Cheras, Selangor dengan bayaran RM250 sebulan.





Beliau dan semua anak beliau tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Pendapatan hanya berdasarkan meminta sedekah di sekitar plaza Imbi dan Sungai Wang Plaza. Beliau biasanya berada di situ sekitar pukul 10 pagi hingga 6 petang, kadang kadang hingga ke waktu malam. Beliau dapat antara rm150 hingga rm250 sehari dari sumbangan orang ramai.

Kami akan cuba memanjangkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut. Terima kasih pada semua sahabat fb kami dan syukur pada Mu ya Allah kerana permudahkan urusan kami. - Baitulmal MAIWP

0 Response to "7 Gambar : Kisah sebenar Wanita dan 9 anak mengemis di Plaza imbi "

Catat Ulasan