6 Gambar : Polis dan warga emas maut kemalangan ngeri di Gua Musang

Gua Musang : Dua maut manakala lima parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Proton Waja di Kilometer 1.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang, Selangor, Che Nazran Che Mat, 36, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Sementara warga emas, Khalijah Mohamad menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Gua Musang pada kira-kira 6 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.






Katanya, lima yang parah pula ialah pemandu kereta yang juga seorang anggota tentera, Azman Mat Ail, 40; isterinya, Fazliza Bujang, 39; dan tiga anak mereka iaitu Muhammad Hadif Irham, 6, Nur Harisha Izura, 10, dan Muhammad Haris Imran,12, dan mereka semua dirawat di hospital yang sama.
Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Che Nazran cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki enam sekeluarga yang tinggal di Cheras, Selangor itu. - Al fatihah Credit Bernama

Related Posts :

0 Response to "6 Gambar : Polis dan warga emas maut kemalangan ngeri di Gua Musang "

Catat Ulasan