Sayu : Gara-gara rakan berlagak pailang dia meninggal di belasah

Kota Bharu : Hanya kerana tidak memberi senyuman dan tidak menghormati pelajar senior, seorang pelajar berusia 16 tahun maut selepas disepak oleh seorang pelajar senior berusia 17 tahun yang berlagak " Pailang " di bahagian leher kanan di sebuah kolej dekat Bachok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohamad Nor Akram Zime yang menyambut hari jadi ke-16 semalam disahkan meninggal dunia di klinik berhampiran.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat saluran darah ke bahagian otaknya putus.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian mangsa sedang tidur di dalam bilik asrama bersama empat rakan lain sebelum suspek seorang diri masuk mencari mangsa.

Katanya, suspek pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik mengejutkan mangsa iaitu pelajar tahun satu jurusan sama sebelum menyepak dua kali di bahagian leher kanan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Pelajar kolej vokasional di Bachok yang meninggal dunia akibat dipukul pelajar senior kolej berkenaan sempat menelefon ibunya untuk bertanya khabar tentang keluarga sebelum kejadian. 

Ayah mangsa Zime Yaakob, 49, berkata anaknya Mohamad Nur Akram, 16, baru memasuki kolej berkenaan tiga bulan lepas selepas bertukar daripada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang. - BS Sinar, HM

0 Response to "Sayu : Gara-gara rakan berlagak pailang dia meninggal di belasah "

Catat Ulasan