Kisah sebenar penemuan perkuburan besar

Kisah Sebenar Penemuan Perkuburan Besar

Kisah sebenar penemuan perkuburan besar dan kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian baru-baru ini ternyata mengejutkan negara, malah tiada siapa yang menyangka bahawa kejadian sekejam itu akan terjadi di Malaysia.
Ahli Parlimen Padang Besar berkata, melalui penceritaan orang kampung yang ditemuinya selepas beliau melawat kawasan tersebut baru-baru ini ternyata menyingkap kisah disebalik kejadian tersebut.
Penduduk merasa kasihan melihat pendatang tanpa izin ini, tetapi mereka kecewa kerana sempadan dibolosi, bagaimanapun masyarakat Malaysia adalah orang yang baik hati.
Terdapat laporan yang terima daripada penduduk setempat yang mengatakan, kadang-kadang pelarian ini ketuk pintu rumah mereka malam-malam hanya untuk meminta makanan dalam keadaan yang begitu menyayat hati, mereka begitu lesu.
Lepas mereka dapat makan mereka lari entah ke mana, penduduk pun tidak tahu. Walaupun kedatangan pendatang tanpa izin ini kadangkala membawa ‘musibah’ di kawasan itu, namun sebagai masyarakat Islam dan atas dasar kemanusian, penduduk setempat tidak mampu untuk menolak bagi memberi bantuan kepada mereka.
Penduduk Menceritakan Kisah Sebenar Penemuan Perkuburan Besar
Masyarakat setempat tahu bahawa mereka ini datang bawa penyakit berjangkit sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat akan kesan penularannya.
Kesan ini tidak baik kepada penduduk, namun penduduk setempat tambah-tambah penduduk Islam ini kalau mereka melihat orang Rohingya mereka tidak sampai hati untuk tidak menghulurkan bantuan.
Mereka akan membantu saudara sesama Islam, hulurkan makanan, beri pakaian dan kadang-kadang ada juga yang hulurkan wang kepada mereka ini.
Ada maklumat yang mengatakan bahawa, ada kem tahanan yang berpusat selain di Wang Kelian iaitu di Pulau Pinang.
Penduduk setempat mengatakan bahawa kem tahanan ada berpusat di sebelah utara contoh di Pulau Pinang, apabila mereka lari ke situ diberi dokumen tertentu, ada agen-agen yang pastinya bukan sahaja di sempadan, agen ini ada juga yang terlibat anggota kerajaan dan pihak berkuasa.
Beliau berharap kerajaan memandang serius akan perkara ini. Itulah sedikit info mengenai Kisah Sebenar Penemuan Perkuburan Besar

0 Response to "Kisah sebenar penemuan perkuburan besar"

Catat Ulasan