Keluar Kumpulan Samseng, Pelajar Di Belasah

Keluar Kumpulan Samseng, Pelajar Di Belasah | Tiga remaja lelaki ditahan polis semalam, selepas memukul seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun yang keluar dari kumpulan kongsi gelap 360.

Keluar Kumpulan Samseng, Pelajar Di Belasah

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, remaja terbabit yang juga pelajar sekolah menengah berusia antara 15 hingga 17 tahun ditahan sekitar daerah ini.

Menurutnya, mangsa dipukul dalam tandas sebuah pasar raya di Bukit Tinggi selepas dia diekori suspek sebaik tamat sesi persekolahan Jumaat lalu.

"Selepas disoal siasat, suspek mengaku ahli kumpulan kongsi gelap 360 dan memukul mangsa kerana dikatakan keluar daripada kumpulan itu.

"Polis kini masih mengesan ahli kumpulan berkenaan untuk melumpuhkan kegiatan kongsi gelap di daerah ini yang merekrut pelajar sekolah sebagai ahli," katanya.

sumber
http://ift.tt/1LQKwoN

0 Response to "Keluar Kumpulan Samseng, Pelajar Di Belasah"

Catat Ulasan