Kembara tiga pemuda ini telah masuk hari ke 111 dan sudah 64 buah masjid telah mereka bersihkan kini meraka berada di Bachok Kelantan.
Minat mengembara dan ingin membuat kerja amal mendorong dua beradik bersama seorang rakan nekad berjalan kaki sejauh lebih 1,000 kilometer dan mengunjungi 132 masjid terpilih di seluruh Semenanjung.
Anas Aiman Jaffry, 27, adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakannya, Hizammudin Aliddin, 25, berhajat mencipta rekod melalui Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid yang dijangka mengambil masa enam bulan.
Jiwa kental anak-anak muda dari Sabak Bernam, Selangor itu sanggup berpanas, berhujan dan berdepan pelbagai risiko, situasi berbahaya serta cabaran dalam merealisasi misi mereka yang dijadual berakhir Jun ini.
Menurut Aiman, kembara tersebut yang bermula 24 Januari lalu di Masjid Shah Alam, Selangor memasuki hari ke-29 hari ini dan 19 masjid sudah dikunjungi di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
“Selepas ini dari Muar kita akan berjalan kaki ke masjid di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan sebagainya. Dari Mersing kita akan berjalan kaki ke Pantai Timur dengan memasuki Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Kemudian kami akan ke negeri-negeri di utara seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan kembali ke Selangor menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam tempat kita bermula,” katanya ketika ditemui di pekan Parit Bakar, di sini hari ini.
Katanya, apabila tiba di masjid terpilih itu, mereka akan melakukan kerja-kerja amal bermula pukul 8 pagi sehingga waktu zuhur antaranya mencuci tandas, menyapu sampah, membersih halaman dan mengecat bergantung kepada keperluan rumah ibadat itu.
Jelasnya, tujuan kembara itu adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid bukan untuk imam atau bilal tetapi milik semua yang perlu diimarahkan tanpa mengira status atau latar belakang sosial.
Menurut Aiman, antara keperluan yang dibawa ialah khemah jika tidak dibenar bermalam di masjid selain bekalan ubat dan air mencukupi yang dibawa dengan menggunakan troli kecil bagi memastikan kembara itu lancar.
“Kami semua sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjayakan kembara ini. Kami memilih berjalan kaki berbeza dengan menaiki basikal atau motosikal supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami kehidupan masyarakat setempat,” ujarnya.
Ditanya sekiranya tidak berjaya menamatkan kembara tersebut pada akhir Jun ini, Aiman berkata, mereka akan meneruskannya sehingga selesai termasuk bersedia berpuasa dan berhari raya di atas jalan raya.
Setiap mereka hanya berbekalkan RM1,000 sepanjang kembara itu dan bersyukur kerana ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Aiman, CIMB Bank 12051419414523. -BS Utusan Online
0 Response to "Hari ke 111 jalan kaki 1,000km kerja amal mencuci masjid"
Catat Ulasan