Akibat teruk di kritik peminat Daphne jawab isu tersebut

Dua tahun lalu, pengacara dan pelakon kelahiran Sabah, Daphne Iking, 37, dikritik peminat ekoran pembabitan dirinya dalam video tarian Harlem Shake dengan mengenakan pakaian cukup seksi yang dimuat naik ke laman sosial YouTube.

Tidak selesai dengan isu itu, Daphne sekali lagi dihujani komen negatif peminat selepas memuat naik gambar bersama suami, Azmi Abdul Rahman di laman Instagram. 

Dalam gambar berkenaan, suaminya dikatakan memakai rantai berbentuk salib sehingga ada yang menegur dan melahirkan rasa kecewa kepada Daphne kerana tidak peka dengan sensitiviti masyarakat. Namun, penafian telah pun dibuat oleh Daphne menerusi Instagram dengan mengatakan rantai tersebut berbentuk pedang, bukan salib.

Nampaknya, kontroversi membabitkan Daphne tidak berkesudahan apabila gambar dia memakai bikini yang dimuat naik baru-baru ini mendapat kecaman lagi.

Gambar tersebut telah memberi impak negatif dan menyebabkan timbul kata-kata kurang enak. Bagaimanapun, seperti biasa, pemilik nama Dahlia Daphne Eleanor ini punya tanggapan sendiri dan rasa tidak bersalah di atas perilaku itu. Berikut sedutan temu bual ringkas bersama Daphne.
HITS: Gambar berbikini dimuat naik oleh Daphne sendiri, kemudian dikecam peminat. Sebenarnya apa motif Daphne?

DAPHNE: Saya sebenarnya tidak menyangka gambar tersebut dijadikan isu. Seharusnya, kita perlu dan sentiasa melihat kepada perkara yang positif. Suka saya kongsikan, gambar yang saya muat naik dalam Instagram adalah berdasarkan isu-isu semasa dan kemanusiaan sesuai dengan kempen seperti #myKindDeeds. Saya memang akan membantu dan memberi kredit untuk pelaksanaan kempen itu.

Bagaimana anda menerima komen panas sebegini?

Soalnya, kenapa orang kita suka memberi penekanan untuk komen negatif? Kenapa tidak melihat sesuatu itu ke arah positif? Kan lebih bagus jika mentaliti itu diubah dan kita cuba melihat kepada sesuatu yang memberi kebaikan daripada keburukan.

Dunia akan menjadi lebih bagus jika kita hentikan memandang perkara negatif dan komuniti kita pasti akan boleh menjalani kehidupan yang sempurna dan sejahtera. Buat masa ini, saya biarkan sahaja orang memberi komen. Saya juga ada kehidupan sendiri.

Tidakkah anda risau akan terus dihentam orang akibat gambar tersebut?

Bagi saya, dalam kehidupan memang ada baik dan jahatnya. Pilihan dan jalan itu ditentukan oleh kita sendiri sama ada betul atau tidak.

Anda sedar penulis-penulis blog juga mula membuat rumusan sendiri mengenai gambar tersebut. Sudah baca?

Maaf, saya tidak akan membacanya dan terima kasih kerana keprihatinan awak.

Ada usaha untuk memadam atau membuang gambar tersebut?

Sejak berkahwin, saya sentiasa berusaha ke arah menjaga keharmonian rumah tangga. Saya percaya dengan perkahwinan kedua ini, saya banyak diberi peluang baharu. Ada keluarga, sudah tentu mereka percaya pada saya.

Sekarang, ada yang mengatakan saya sebagai bintang kerana menjadi ibu 
yang hebat. Di sebaliknya, ada juga orang yang mengaitkan saya dalam kolum gosip dan bercerita bahawa saya orang jahat. Tapi itu terpulang, hak masing-masing. -Utusan Online 

0 Response to "Akibat teruk di kritik peminat Daphne jawab isu tersebut "

Catat Ulasan