Semalam adalah hari ibu banyak pengorbanan seorang ibu pada anak-anak dan suami,namun ini ada sedikit berita yang kurang baik yang admin ingin kongsi kan dimana kisah seorang ibu sanggup membawa anak nya melepas gian untuk menagih dadah.
Di Machang Kelantan Seramai 57 penagih dadah termasuk seorang ibu dan anak perempuannya berusia 17 tahun ditahan dalam Ops Lejang Khas di Kampung Raja, di sini, semalam.
Selain anak perempuan berusia 17 tahun itu, ibu terbabit turut membawa seorang lagi anak perempuannya berusia dua tahun untuk melepaskan gian di port tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, keluarga tersebut ditahan di port tersebut pada serbuan bermula jam 12.45 tengahari hingga 1.30 petang bersama seorang wanita dan tujuh lelaki yang lain.
Manakala, katanya, 47 yang lain ditahan ketika cuba memasuki kawasan tersebut bagi mendapatkan bekalan dadah antara jam 1.30 petang hingga 5.50 petang.
“Ujian saringan awal mendapati 56 yang ditahan termasuk empat wanita itu didapati positif dadah jenis opiat manakala seorang lelaki disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
“Ibu dan anak perempuannya ditangkap ketika pasukan polis membuat serbuan di kawasan port tersebut.
“Pada mulanya mereka cuba lari namun berjaya ditangkap selepas kejar mengejar berlaku. Kesemua penagih dadah perempuan itu juga tersenarai sebagai orang yang dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan jenayah di dalam dan luar daerah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Lian Lay berkata, semasa tangkapan, pihaknya turut menemui beberapa senjata tajam pada dua lelaki selain 20 daripada penagih itu gagal mengemukakan pengenalan diri.
“Polis turut merampas 46 buah motosikal pelbagai jenis dan kenderaan lain yang digunakan penagih tersebut untuk diperiksa. 10 biji pil kemerahan disyaki dadah turut dirampas.
“Kesemua suspek akan ditahan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan pendakwaan. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983; Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB) dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan,” katanya. –
Diharap ini dapat menjadi pengajaran kepada semua orang ramai terutama ibu bapa dalam kehidupan seharian jika boleh hidarlah dari perkara yang tidak elok didedahkan untuk anak anda - BS Sinar
0 Response to "4 Gambar : Ibu bawa anak 17 tahun dan 2 tahun menagih dadah ?"
Catat Ulasan