Kota Bharu : Dua lelaki berputih mata apabila tidak dapat membawa lari beg tangan yang diragut mereka, malah turut dipukul orang ramai sebelum ditahan polis dalam kejadian ragut di Perumahan Tanjung Chat, Pengkalan Chepa, di sini, 7 petang semalam.
Dalam kejadian itu dua lelaki berusia 30-an itu itu meragut beg tangan seorang wanita berusia 50 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, sebaik meragut beg tangan mangsa, dua peragut yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC cuba melarikan diri, namun ditahan orang ramai.
"Mereka dipukul hingga menyebabkan kedua-duanya cedera dan salah seorang daripadanya patah satu jari sebelah kiri dan telinga kiri hampir putus.
"Kedua-dua suspek ditahan dan seorang daripadanya menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, sebentar tadi. - HM
0 Response to "3 Gambar : Peragut lunyai hampir tercabut telinga dibelasah "
Catat Ulasan