Kuala Lumpur : Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan sebentuk cincin yang terlekat pada kemaluan seorang lelaki yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira pukul 3.45 petang yang meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin pada zakar mangsa.
Menurut twitter jabatan itu, anggota Bomba bergegas ke HKL sebaik sahaja menerima panggilan daripada HKL pada pukul 3.46 petang dan tiba kira-kira setengah jam selepas itu.
Pihak Bomba akhirnya berjaya memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu. - UTUSAN ONLINE
0 Response to "3 Gambar : Lelaki menderita alat sulit tersangkut cincin "
Catat Ulasan