Sayu : Koperal Razakan berkhidmat hingga akhir hayat

Tuaran : "Ngagad kam meh, muleh pan aku." Itu mesej WhatsApp terakhir Koperal Razakan Seran, 31, sebelum pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis itu terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang semalam.
Pesanan bermaksud 'tunggu kamu sana, saya balik juga ni nanti' dihantar oleh Allahyarham kepada ahli keluarga serta rakan sekampungnya menerusi kumpulan WhatsApp 'Warga Saradan'.
Ia merujuk mengenai kepulangannya ke kampung halamannya iaitu Kampung Saradan dekat Tenghilan di sini, pada Aidilfitri nanti jika dapat bercuti.
Malah, arwah juga menghantar gambarnya memakai kemeja biru dipercayai dalam helikopter dan menyatakan dia sedang menunggu Allahyarham Jamaluddin.
Jasad kedua-dua ditemui dalam keadaan menyentuh hati yang mana jasad Koperal Razakan erat memeluk majikan Tan Seri JJ, sehingga akhir hayat nya Koperal Razakan bertugas untuk Majikan nya. Al-fatihah 

0 Response to "Sayu : Koperal Razakan berkhidmat hingga akhir hayat "

Catat Ulasan