Putrajaya : Semua syarikat telekomunikasi (telco) akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus ke atas kad tambah nilai prabayar telefon bimbit, namun pada masa yang sama bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi enam peratus.
Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam (gambar kecil) berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan dan syarikat telco semalam.
Bagaimanapun, katanya, keputusan tersebut yang berkuat kuasa serta-merta bermula semalam hanya tertakluk untuk tempoh tiga bulan. - Kosmo
0 Response to "Sah kad tambah nilai prabayar kena GST"
Catat Ulasan