Selebriti popular Erra Fazira sudah lama membuat pengakuan bahawa hatinya kini sudah dimiliki dan sedang mengenali seseorang lelaki.
Namun sehingga ke saat ini dia belum bersedia mendedahkan siapakah lelaki yang sedang bermain dalam hatinya. Dia bersedia bercerita pasalnya tapi tidak mahu mendedahkan gerangan orangnya.
Erra akui dia bersedia mengaku pasal hatinya yang sudah hadir seorang lelaki, kerana banyak sangat yang mengaitkannya dengan lelaki itu danini.
Bila dia sudah memberitahu yang hatinya ada seseorang, terus senyap gosip yang mengaitkan namanya dengan nama-nama lain.
Dengan membuat pengakuan itu juga terhindarlah Erra daripada mana-mana lelaki yang mahu cuba mendekati dan mencuba nasib berkawan dengannya.
Tidak takutkah Erra bila ada yang terserempak dengannya semasa keluar bersama? Pasti pecah lubang juga akhirnya nanti.
“Saya tak keluar dating… hubungan kami hubungan hati. Sekarang bukan zaman remaja yang keluar dating bagai,” kata Erra.
Sehingga kini Erra meletakkan tahap hubungan mereka sebagai masih mengenali hati budi. Dia akui perlu mengambil masa yang agak panjang untuk mengenali sebelum membuat keputusan yang besar.
“Aleesya (anaknya) belum diperkenalkan lagi… tapi saya sudah beritahu dia yang suatu hari nanti akan ada seorang lelaki yang masuk dalam hidup kami. Bila sampai masanya dia akan faham.
“Aleesya pun ada cakap yang dia mahukan adik, tapi bagaimana nak bagi dia adik sebab ayah kepada adik itu tak ada lagi,” kata Erra dalam gelak ceria.
0 Response to "Saya Tak Keluar Dating "
Catat Ulasan