Menjadi ibu bapa untuk kali yang pertama adalah saat yang paling manis dan menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin. Lebih-lebih lagi jika zuriat itu sudah lama dinantikan. Apabila sebut sahaja keterujaan menjadi ‘first time parents’, sudah pasti aspek keselamatan, pemakanan sehingga ke soal persiapan perlu diambil kira.
Teruja
Selain
keterujaan pasangan tersebut, keluarga dan rakan keliling juga
kadang-kadang lebih teruja dari pasangan itu sendiri. Soalan yang selalu
kita dengar adalah “Kandungan sudah berapa bulan?”, “Bila due?”. Tetapi, soalan yang paling popular adalah “Baby boy ke girl?”. Parenting.com ada satu tool yang dikatakan boleh meramal jantina bayi dalam kandungan. Namun harus diingat, cuba boleh, percaya jangan!
Scan 3D/4D
Selain
cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan dengan kaedah 3D/4D, kami
ingin berkongsi beberapa cara dan kaedah orang lama dalam menentukan
jantina bayi di dalam kandungan. Jom lihat dan teka apa jantina bayi
anda.
Jika anda hamil anak lelaki :
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
- Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
- Wajah anda berseri-seri
- Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
- Kulit anda kering
- Hidung kelihatan lebih kembang
- Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
- Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
- Sering diserang sakit kepala
- Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
- Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
- Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
- Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
- Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
Jika anda hamil anak perempuan :
- Perut anda bulat
- Anda mengalami ‘morning sickness’
- Sering mual pada menu yang beraroma tajam
- Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
- Kulit anda lembut
- Rambut anda nipis dan tidak bermaya
- Punggung kelihatan lebih besar
- Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
- Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
- Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
- Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
- Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
- Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
- Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.
Bayi
lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting
adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga
perkongsian kami ini bermanfaat dan berguna. Selamat meneka!
0 Response to "Cara Hendak Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Selamat Meneka"
Catat Ulasan