Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd, anak syarikat 70 peratus milik Brahim’s Holdings, melanjutkan tempoh rundingannya dengan Malaysia Airline System Bhd kepada 30 April daripada 31 Mac untuk membincangkan lebih lanjut lagi perjanjian katering baharu.
Kedua-dua pihak memeterai perjanjian penyelesaian pada 26 Feb, 2015, untuk menyelesaikan pertikaian berhubung perjanjian katering dalam penerbangan dan merundingkan semula terma-terma bagi kontrak baharu.
Tujuan lanjutan itu adalah untuk memberikan lebih banyak masa bagi kedua-dua syarikat untuk memuktamadkan rundingan, kata Brahim’s dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia. – BERNAMA
0 Response to "Brahims, MAS lanjut rundingan perjanjian katering"
Catat Ulasan