Disebalik penganjuran anugerah berprestij dalam industri hiburan tanahair seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (BH) 2014 pastinya akan timbul beberapa kontroversi secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Johan menjadi mangsa kontroversi peminat di rangkaian laman sosial apabila aksi spontan beliau mencium isterinya Ozlyn Wati mengundang kritikan peminat.
Ia berikutan aksi tersebut telah dirakam secara langsung semasa beliau diumumkan sebagai pemenang Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPBH 2014 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada Ahad malam, 5 April 2015.
Menerusi tinjauan di laman sosial Facebook, rata-ratanya peminat mempertikaikan tindakan tersebut meskipun peminat mengetahui hubungan mereka adalah suami isteri.
Pada peminat, aksi ciuman suami isteri itu tersebut tidak wajar dipertontonkan secara langsung berikutan ianya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.
Apa-apa pun mungkin itu adalah aksi spontan suami isteri terbabit sepertimana yang kita tahu Johan adalah seorang insan yang kelakar dan spontan melakukan sesuatu perkara, Tahniah untuk Johan atas kemenangan di ABPBH. - Belia Bangkit
0 Response to "Aksi Johan dan Isteri cium mulut di ABPBH undang kontroversi ? "
Catat Ulasan