6 Gambar : Penyokong Bola Selangor takluk Bandar KB

Pertemuan kedua-dua musuh tradisi itu pastinya menjanjikan saingan sengit dan pengendali Selangor, Mehmet Durakovic tidak boleh mendabik dada mengatakan pasukannya mampu mengutip tiga mata dengan mudah kerana berdasarkan rekod lampau mereka sentiasa ‘tersungkur’ setiap kali bertemu Kelantan di Kota Bharu.
Peminat Bolasepak Selangor tidak terkecuali hadir ke Kota Bharu untuk memberi sokongan penuh pada pasukan mereka yang akan beraksi malam ini.




Manakala Kelantan mengharap gandingan tiga serangkai iaitu Erwin Carrillo, Austin Amutu dan Gilmar Dos Santos Filho menjadi taruhan jurulatih yang terkenal dengan jolokan Mr Pink itu bagi merobek gawang Selangor sekali gus untuk membawa pasukannya keluar dari zon penyingkiran, ketika ini.
GANDINGAN TIGA SERANGKAI
Jurulatih berusia 62 tahun itu sudah pasti akan mengoptimumkan sepenuhnya kudrat tenaga import mereka tatkala di kem Selangor lebih mengharapkan sentuhan penyerang tempatan, Muhammad Afiq Azmi dan Ahmad Hazwan Bakri setelah Guiherme De Paula jarang-jarang meledak gol.
PIYA MAIN PERANAN
Sentuhan Kapten Marvel, Mohd Badhri Radzi sekali lagi ditagih dalam menjana enjin tengah pasukannya namun pemain berusia 33 tahun tetap memerlukan sokongan rakan-rakannya dalam merencana percaturan taktikal skuad pantai timur itu.
Selain itu, pengalaman Jonathan McKain mengemudi benteng pertahanan bersama Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Farisham Ismail dan Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim mampu menyekat usaha Selangor untuk menggecewakan Kelantan di hadapan penyokong sendiri.
Dalam pada itu, Khairul Fahmi Che Mat tetap menjadi pilihan untuk mengawal kubu akhir pasukannya dan rekod tidak bolos ketika bertemu Sime Darby FC tempoh hari jelas menyuntik semangat penjaga gawang berusia 26 tahun itu setelah dikecam hebat penyokong sendiri, baru-baru ini.
Sama kita saksikan perlawanan malam ini mampukah Kelantan menewaskan pendahulu takhta Liga Malaysia Selangor untuk membaiki kedudukan ke tempat lebih baik atau Selangor terus gah di takhta liga Malaysia. - BS

0 Response to "6 Gambar : Penyokong Bola Selangor takluk Bandar KB "

Catat Ulasan