5 Gambar : Lelaki gemukkan kekasih akibat cemburu

Sikap cemburu seorang teman lelaki di China yang sengaja mengemukkan teman wanitanya sehingga 88kg dengan menhidangkannya pelbagai makanan setiap hari menjadi perbualan orang ramai terutamanya di media sosial China. 

Difahamkan, You Pan, 25 setiap hari membelikan makanan ringan untuk teman wanitanya, Yan Tai supaya berat badan wanita berkenaan naik. 

Tindakan ini diambil oleh lelaki tersebut agar teman wanitanya tidak dipandang oleh lelaki lain. 

Memetik laporan Metro. Uk, wanita yang cantik itu dikatakan mempunyai tubuh badan yang ramping sebelum ini. 



Tetapi, selepas dua tahun mengenali teman lelakinya, berat badan wanita berkenaan bertambah dua kali ganda.  

Menurut You Pan, dia berbuat begitu supaya teman wanitanya tidak akan meninggalkan dia untuk lelaki lain. 

Cinta luar biasa pasangan ini bukan sahaja menarik perhatian rakyat China, tetapi juga masyarakat dunia. 

Menurut jiran mereka, Yi Chiang, memang sukar untuk dia percayai bahawa berat badan gadis itu naik sebegitu banyak. 

“Memang sukar untuk dipercayai, tetapi walaupun berat badan Yap sudah naik, dia tetap cantik,” kata jirannya. 

Sementara itu, pelbagai reaksi diluahkan oleh pengamal media sosial melalui akaun Twitter mereka. - Mylunchpad

0 Response to "5 Gambar : Lelaki gemukkan kekasih akibat cemburu"

Catat Ulasan