Sekarang memang trend orang tengok drama Slot Akasia di TV3 jam 7 petang. Pelakon-pelakon yang berlakon dalam drama slot Akasia itu memang boleh meletup terus namanya.
Buktinya, Ayda Jebat dalam drama ‘Rindu Awak 200%’.
Sekarang giliran pelakon Mia Ahmad pula menjadi “trending” di enjin carian google setelah tayangan terbaru Slot Akasia TV3 yang bertajuk “Hati Perempuan”.
Mia bukanlah pelakon baru, sebelum ini dia pernah tampil dalam beberapa drama tetapi namanya belum dikenali ramai dan jarang mendapat publisiti media.
Dia juga pernah berlakon dalam drama ‘Rindu Awak 200%’ sebagai pelakon pembantu menjadi Esyana, tunang kepada tunang Zill Faezrul (Zul Ariffin).
Mia atau nama sebenarnya Shamiha Binti Ahmad Baderi, 27, memegang watak utama sebagai Yuhanis di dalam drama ‘Hati Perempuan’ sebagai gadis tegas yang bekerja sebagai arkitek di syarikat Izzudin & Co yang cuba dipikat oleh Tengku Zaril, jejaka kacak dan merupakan CEO Paradigma Holding.
Ini antara biodata Mia Ahmad :
Nama Penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Tarikh Lahir: 22 Februari 1988
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Mukanya pun ala-ala Shila Amzah katanya. Jadi saksikan drama ‘Hati Perempuan’ kalau nak tahu kesudahan percintaan penuh konflik Yuhanis dan Tengku Zaril.
0 Response to "5 Gambar : Kenali siapa Mia Ahmad pelakon Hati Perempuan ?"
Catat Ulasan