Angelina Jolie umum diri Menopause sanggup buang ovari

Pelakon dan pengarah, Angelina Jolie mengumumkan telah menjalani pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio kerana dibimbangi menghidap penyakit kanser. Dua tahun lepas Angelina telah melakukan prosedur pembedahan mastektomi atau membuang payudara. 

Berita ini dikongsikan menerusi kolum dalam akhbar New York Times yang membincangkan masalah kesihatannya. Bintang pujaan ramai ini juga mengesahkan diri telah menopause dan tidak boleh melahirkan anak lagi. 

“Saya katakan kepada diri sendiri agar sentiasa tenang, cuba menjadi kuat dan tabah.
“Saya juga ingatkan diri bahawa saya mempunyai banyak masa untuk melihat anak-anak membesar sehingga saya memperolehi cucu,” kata Jolie.

Jolie yang kehilangan ibu, nenek dan ibu saudara akibat penyakit kanser dipercayai membawa gen mutasi yang menjadikannya 87 peratus berisiko untuk membentuk kanser payudara dan 50 peratus terdedah kepada risiko kanser ovari.- Media Hiburan 

0 Response to "Angelina Jolie umum diri Menopause sanggup buang ovari "

Catat Ulasan