6 Gambar : Jodoh Isey dan Syuhadaa dari Instagram

Machang : Pelakon, pelawak dan pengacara Isey The Titan atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 28, tidak menyangka perkenalan dengan pasangannya Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 23, menerusi aplikasi Instagram membawa mereka ke jenjang pelamin.

Perkenalan singkat Isey dengan pasangannya Syuhadaa selama sembilan bulan detik indah buat mereka untuk melangsungkan perkahwinan.




Kelmarin, pasangan berkenaan mengadakan majlis persandingan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Bakat di sini dengan memilih persalinan berkonsepkan Melayu asli.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dan diakad nikah pada 19 Mac lalu.
Isey yang dikenali menerusi program Bintang Mencari Bintang musim pertama bersama Azizul Amar dalam kumpulan Titan berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk berkenalan dan yakin Syuhadaa wanita yang tepat untuk menjadi permaisuri hidupnya.

“Saya melihat Syuhadaa memiliki ciri wanita yang mampu menjaga saya dan emak saya sepenuhnya dan ketulusan hatinya benar-benar membuatkan saya jatuh hati.

“Memang kami tidak mengambil masa lama untuk bercinta dan kerana bagi saya bercinta selepas nikah lebih indah,” katanya.

Isey berkata, dia sangat gembira kerana majlis perkahwinannya meriah.

“Tetamu yang hadir melebihi dari jangkaan. Saya berterima kasih kepada mereka yang sudi hadir termasuk saudara, rakan artis serta peminat,” katanya.

Sementara itu, Syuhadaa ketika ditanya mengenai pasangannya, mengakui Isey memiliki keistimewaan tersendiri sehingga membuatnya jatuh hati.

“Saya suka sifatnya yang kelakar, penyayang dan semua sifat lelaki idaman ada padanya.
“Saya ikhlas menjadi suri rumah sepenuh masa untuk dirinya, malah saya juga menyokong kerjayanya sebagai anak seni,” katanya. Credit HM 

0 Response to "6 Gambar : Jodoh Isey dan Syuhadaa dari Instagram "

Catat Ulasan