Inilah Harga Menu Terakhir Kapal Titanic

Inilah Harga Menu Terakhir Dari Kapal Titanic | Harga sekeping menu yang berasal dari kapal persiaran Titanic yang karam pada 15 April 1912 dijangka mencecah sehingga US$70,000 (RM294,000) dalam satu acara lelongan.

Inilah Harga Menu Terakhir Kapal Titanic

Menurut The Guardian, lelongan tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 September depan oleh agensi lelongan atas talian, Invaluable.

Surat yang ditulis oleh penumpang asal Titanic yang terselamat, juga akan diberikan bersama-sama lelongan menu tersebut.

Penyumbang menu tersebut, David Lowenherz memberitahu hanya terdapat dua atau tiga lagi menu yang serupa terselamat selepas tragedi berkenaan.

Menu tersebut diselamatkan oleh penumpang Titanic, Abraham Lincoln Salomon dan ditandatangani oleh Isaac Gerald Frauenthal, seorang penduduk New York yang bersama-sama dengan Salomon pada hari kejadian.

sumber
http://ift.tt/1KqZ8hN

0 Response to "Inilah Harga Menu Terakhir Kapal Titanic"

Catat Ulasan