Bapa Jamalul Kiram Kirim Bom

Bapa Jamalul Kiram Kirim Bom : Penemuan sebuah kotak tertulis 'barang kiriman daripada bapa Jamalul Kiram kepada mat bom' menggemparkan penumpang bas ekpres kerana menyangkakan ia berisi bom dalam kejadian di pondok bas ekpres, Fajar Centre, di Lahad Datu, malam tadi.

Bapa Jamalul Kiram Kirim Bom

Dalam kejadian 11.30 malam itu, bas ekpres itu bergerak dari terminal Semporna ke Kota Kinabalu dan berhenti seketika di terminal Lahad Datu untuk mengambil penumpang di terminal berkenaan.

Menurut sumber, selepas itu, ketika memunggah beberapa barang di tempat penyimpanan barang, pemandu dikatakan curiga dengan satu bungkusan yang di bawa dari Semporna ke Kota Kinabalu.


"Ini kerana, di atas kotak itu tertera tulisan 'barang kiriman daripada bapa Jamalul Kiram kepada mat bom.

"Bimbang kotak itu berisi bom, pemandu kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menghubungi polis," katanya.

Sumber berkata, pemandu juga bimbang kerana kedua-dua nama yang ditulis dalam kotak ini ada kaitan kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan mendapati ia adalah bom palsu.

sumber
http://ift.tt/1IR0YW1

0 Response to "Bapa Jamalul Kiram Kirim Bom"

Catat Ulasan